click sekali je!

Monday, 12 January 2015

KESAN BURUK TIDAK CUKUP TIDUR


Berapa jam korang tidur setiap malam. Cukup tak waktu tidur setiap hari atau pun waktu tidur korang terjejas sebab korang selalu tidur lewat? Tahu tak ada banyak kesan buruk jika kita tidak mendapat cukup tidur. Antaranya :

1) Stress – Jika kita tidak cukup tidur, kita sukar untuk memberikan tumpuan pada kerja dan aktiviti seharian. Bila kita hilang fokus, kita akan mudah melakukan kesilapan, lebih kelam kabut dan tidak terurus. Ini akan mengakibatkan kita cepat mengalami tekanan atau stress.

2) Sistem Imun Lemah – Kurang mendapat tidur yang secukupnya akan menjejaskan sistem imun badan dan menyebabkan kita lebih mudah terkena jangkitan seperti selsema dan demam.

3) Cepat Tua – Tidur yang tidak cukup akan mempercepatkan proses penuaan dan mengakibatkan kedutan di muka kerana badan tidak mempunyai masa yang cukup untuk memperbaiki sel kulit.

Kesan Buruk Tidak Cukup Tidur
4) Kencing Manis – Risiko mendapat penyakit kencing manis agak tinggi untuk mereka yang kurang tidur kerana fungsi insulin dalam badan akan terjejas.

5) Letih – Bila tidur tidak cukup, badan memang akan cepat letih kan. Kita akan berasa lesu dan akan mengakibatkan kita mudah terkena sakit kepala.

Ini antara 5 kesan utama jika badan kurang mendapat tidur yang mencukupi. Mungkin masalah tidak cukup tidur nampak remeh, tetapi kesannya amat buruk kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan tumpuan kita pada kerja dan aktiviti seharian.
Jadi pastikan selepas ini, korang mendapat tidur yang secukupnya. Sebolehnya tidur lebih awal setiap malam agar badan rasa segar setiap pagi.

No comments:

Post a Comment